Thursday, 4 April 2013

TAKLIMAT ONLINE TUTOR BERSAMA PELAJAR DAN IBU

05.04.2013 Seramai 5 orang pelajar harapan sekolah ini telah dipilih untuk mengikuti Pakej Pembelajaran Online tajaan Bank Rakyat.
Pelajar yang terlibat ialah adik Florentina, adik Johsua, adik Mohd. Irfan Kee, adik Mohd. Zulhelmi dan adik Nur Atiqah Izabell.  Semoga pelajar yang terpilih ini akan mencapai kejayaan dalam UPSR nanti.
  







TAKLIMAT PELAKSANAAN PROGRAM KECEMERLANGAN PELAJAR TAHUN 6 BERSAMA IBUBAPA.

04.04.2013 seramai 48 orang ibubapa telah dijemput ke sekolah bagi mengikuti taklimat ini.  Taklimat ini bertujuan untuk mendedahkan para ibubapa dengan program sekolah disamping memohon kerjasama  mereka untuk menjayakan semua program yang telah dirancang.

Taklimat ini telah diadakan di makmal komputer sekolah dan telah dikendalikan oleh guru besar En. Maidin Awang dan En. Philip Sebin.

Antara program yang telah dirancang pada tahun ini ialah:-
1.  Program mentor mentee
2.  Kelas Tambahan
3.  Motivasi kecemerlangan Fasa 1 (semester 1)
4.  Motivasi kecemerlangan Fasa 2 (semester II)

Adalah diharapkan agar semua program yang dirancang akan dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan UPSR kelak.









Wednesday, 3 April 2013

KELAS PEMULIHAN BERSAMA CIKGU WINSTON

03.04.2013 Sesekali belajar di tepi kolam ada juga baiknya, sambil belajar dapat juga menghirup udara kampung yang segar.





Tuesday, 2 April 2013

TAKLIMAT HEADCOUNT BERSAMA CIKGU PHILIP SEBIN

02.04.2013 Hari ini satu Taklimat Headcount diadakan oleh cikgu Philip Sebin.  Taklimat ini telah dihadiri oleh guru-guru dan diadakan di Makmal Komputer sekolah.

Taklimat ini penting kepada guru-guru agar lebih memahami maksud sebenar Headcount dan bagaimana ianya digunakan.










Monday, 11 March 2013

ACTION SONGS, SPELLING BEE & STORY TELLING TRAINING TIME !

2013 Sama seperti tahun sebelumnya, SK. Masalog tidak pernah melepaskan peluang dalam menyertai berbagai pertandingan dalam Bahasa Inggeris.  Tahun ini untuk memantapkan pasukan sekolah, latihan sudah mula diadakan di Makmal Komputer sekolah.

 Cikgu Syntiana dan cikgu Zizi sedang berbincang mengenai "action" yang sesuai dengan lagu

 mendengar alunan suara murid-murid  :-)

sedang berbincang apa yang sesuai dan kurang sesuai untuk persembahan ini  :-)



Peserta bercerita dan spelling bee sedang menghafal teks masing-masing  ;)

Cikgu Robiyana sedang membimbing peserta bercerita dalam Bahasa Inggeris :-)

Monday, 4 March 2013

Mesyuarat Persiapan sambutan Tilawah Peringkat Zon 4 2013

Pada tahun 2013 ini SK. Masalog merupakan tuan rumah bagi acara Tilawah Peringkat Zon 4.  Bagi memastikan acara ini berjalan lancar, mesyuarat persiapan akhir telah diadakan di Makmal Komputer sekolah.  Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh guru besar En. Maidin Awang.

Kelihatan guru besar En. Maidin Awang (bersongkok) dan ustaz Jasni Salleh sedang  mengendalikan mesyuarat.

Ustazah Siti dan Ustazah Dayang - orang kuat bagi sambutan Tilawah ini :-)

Guru-guru yang turut hadir dalam mesyuarat ini

Tuesday, 16 October 2012

Sekolah Rakan Alam Sekitar SERASI 2012

Pada 13hb Oktober 2012 yang lepas Sk. Masalog sekali lagi melayakkan diri untuk menerima anugerah SERASI.
Acara ini telah diadakan di Auditorium Tun Ahmad Raffae, Menara Tun Mustapha, Kota Kinabalu.  Sk. Masalog merupakan satu-satunya sekolah yang terdapat dalam daerah Kota Marudu yang mendapat anugerah ini bagi kategori "Wira Harapan".

Program SERASI ini merupakan anjuran bersama Jabatan Perlindungan Alam Sekitar, Jabatan Alam Sekitar Persekutuan, Jabatan PPelajaran Negeri Sabah, Jabatan Perhutanan Sabah, Pusat Tindakan Alam Sekitar (EAC), Sabah Wetlands Conservation Society dan SHELL Malaysia.
SERASI adalah berkonsepkan amalan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di sekolah pada sepanjang masa.

Objektif utama program SERASI ini diadakan ialah :-
* Untuk meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar di sekolah.
* Untuk memupuk sikap positif dan cintakan alam sekitar di kalangan warga sekolah khasnya dan masyarakat setempat amnya.
* Untuk menggalakkan inovasi ke arah membentuk persekitaran sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
* Untuk mengiktiraf usaha berterusan sekolah dalam program Pendidikan Alam Sekitar.






Tahniah...moga kejayaan ini berterusan :)