Tuesday 16 October 2012

Sekolah Rakan Alam Sekitar SERASI 2012

Pada 13hb Oktober 2012 yang lepas Sk. Masalog sekali lagi melayakkan diri untuk menerima anugerah SERASI.
Acara ini telah diadakan di Auditorium Tun Ahmad Raffae, Menara Tun Mustapha, Kota Kinabalu.  Sk. Masalog merupakan satu-satunya sekolah yang terdapat dalam daerah Kota Marudu yang mendapat anugerah ini bagi kategori "Wira Harapan".

Program SERASI ini merupakan anjuran bersama Jabatan Perlindungan Alam Sekitar, Jabatan Alam Sekitar Persekutuan, Jabatan PPelajaran Negeri Sabah, Jabatan Perhutanan Sabah, Pusat Tindakan Alam Sekitar (EAC), Sabah Wetlands Conservation Society dan SHELL Malaysia.
SERASI adalah berkonsepkan amalan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di sekolah pada sepanjang masa.

Objektif utama program SERASI ini diadakan ialah :-
* Untuk meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar di sekolah.
* Untuk memupuk sikap positif dan cintakan alam sekitar di kalangan warga sekolah khasnya dan masyarakat setempat amnya.
* Untuk menggalakkan inovasi ke arah membentuk persekitaran sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
* Untuk mengiktiraf usaha berterusan sekolah dalam program Pendidikan Alam Sekitar.






Tahniah...moga kejayaan ini berterusan :)

Saturday 15 September 2012

LAMBAIAN MERDEKA 2012

Tugas guru bukan hanya mengajar tetapi juga menyemaikan semangat cintakan negara kepada para pelajar...sehubungan dengan itu sekolah telah mengadakan aktiviti lambaian merdeka pada 14hb september 2012 yang lalu. Aktiviti ini telah diadakan di padang sekolah. Berbagai aktiviti telah diadakan antaranya ialah senamrobik, perarakan bendera, pertandingan tarik tali dan melukis jalur gemilang.

senamrobik staf dan pelajar :) gaman2 stail :)
lambaian merdeka :)
tarik tali pelajar perempuan :)
tarik tali terbuka :)
penyampaian hadiah :)
para hakim sedang mencuba makanan sempena pertandingan masakan yang turut diadakan :)
suasana raya masih hangat terasa...merdeka raya :)

Tuesday 10 July 2012

SENAMROBIK 1MURID 1SUKAN

Pada 10hb Julai 2012 yang lepas, acara senamrobik 1Murid 1Sukan telah diadakan di padang Sk. Masalog. Acara ini telah diadakan serentak seluruh Malaysia.

Thursday 28 June 2012

KARNIVAL SAINS & MATEMATIK PERINGKAT DAERAH KOTA MARUDU 2012, BERTEMPAT DI SK. MASALOG

Pada hari ini iaitu 28.03.2012 Karnival Sains & Matematik Peringkat Daerah Kota Marudu telah diadakan. SK. Masalog telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan program ini. Sebanyak 19 buah sekolah rendah dalam daerah Kota Marudu telah mengambil bahagian.
Program ini telah dimulakan seawal jam 8.00 pagi, selepas mendaftar dan mendengar taklimat semua peserta bergerak ke lokasi pertandingan yang telah disediakan.
Acara berlangsung sehingga petang. Acara ini telah dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kota Marudu En. Jidin Janaun.

wajah sebahagian peserta yang mengambil bahagian dalam karnival ini..
Pegawai dari Bank Rakyat Cawangan Kota Marudu turut membuat pameran
peserta menjawab soalan sudoku mengikut kumpulan..
sebahagian guru yang turut hadir dalam program ini

 peserta dari SK. Masalog sedang menjalankan aktiviti "young architect and young engineer"
 
peserta membina jambatan menggunakan kertas..
adik Adibah dan Ainul sedang menjawab soalan "Bijak Sains"
sebahagian guru-guru sedang berehat dan berbual-bual di bawah pokok
Pegawai Pendidikan Daerah En. Jidin Janaun merasmikan karnival
YDP PIBG Pn. Jukinah, Guru Besar En. Maidin, Pegawai Pendidikan Daerah EN. Jidin Janaun dan Mr. Mathew
Peserta dari SK. Tandek mendapat tempat ke 3 dalam karnival ini
SK. Masalog mendapat tempat ke 2...
SK. Pekan Johan keseluruhan karnival bagi tahun 2012
Sebahagian daripada barisan AJK Karnival dan peserta bergambar beramai-ramai
orang kuat Sains En. Makrin dan orang kuat matematik En. Philip...
TAHNIAH DAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN PROGRAM KARNIVAL KALI INI...ADIOS AMIGOS...

Wednesday 22 February 2012

Run and Grab






"Run and Grab" merupakan salah satu aktiviti yang ada dlm KSSR yr1. trnyata aktiviti ini menyeronokkan dan murid pn enjoy. rasanya aktiviti ni sesuai bkn shj utk yr1, yr2 sampai yr6 pn ble cuma kna ejas skit. saja mau share....sharing is caring! :D
Posted by : veevink :)