Showing posts with label AKTIVITI. Show all posts
Showing posts with label AKTIVITI. Show all posts

Friday, 13 February 2015

BELAJAR EXCEL (DST) BERSAMA CIKGU MARDIANAH

Hari ini 13.02.2015 murid-murid berpeluang mempelajari MS Excel bersama cikgu Mardianah Loren.



Friday, 30 January 2015

4 ANGGERIK - TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI (TMK)

Subjek TMK mula diperkenalkan pada tahun 2014 di Tahun 4.  Antara topik yang perlu dipelajari ialah mengenal komponen yang terdapat pada unit sistem.

 Murid membuka dan mengenal komponen unit sistem

 Murid melihat RAM

Murid memasang semula RAM ke slot yang betul.

Year 6 Rafflesia - English Extra Class with GB Caroline

Hari ini giliran murid Tahun 6 Rafflesia pula mengikuti kelas tambahan Bahasa Inggeris bersama GB Caroline.  Kali ini murid belajar mengenai "articles"





Friday, 23 January 2015

TMK Tahun 5 Bunga Raya - Rangkaian Komputer

Subjek TMK yang mula diperkenalkan di sekolah rendah sejak tahun 2014 merupakan antara subjek yang sangat diminati murid.  Hari ini murid-murid Tahun 5 Bunga Raya diperkenalkan dengan "Rangkaian Komputer".  Murid belajar 2 jenis rangkaian komputer iaitu "rangkaian berwayar" dan "rangkaian tanpa wayar"



 Murid membuat persembahan MS Power Point mengenai rangkaian.





Tuesday, 20 January 2015

Year 6 Dahlia - English Extra Class with GB Caroline

Harapan untuk meningkatkan pencapaian dalam UPSR membuatkan Puan Guru Besar turut turun padang memberikan kelas tambahan Bahasa Inggeris kepada murid tahun 6.  Tahniah Puan





P&P menggunakan teknologi untuk menarik minat murid dan memberi kefahaman lebih kepada mereka.

Thursday, 15 January 2015

ANAK-ANAK PRA SEKOLAH SEKEMAS - Kami Tidak Menangis lagi

Hari ini anak-anak Pra Sekolah SeKeMas kelihatan lebih ceria mengikuti aktiviti berbanding beberapa hari yang lepas.  Anak-anak kecil ini tidak lagi menangis ditinggalkan oleh ibu bapa mereka bersama guru di Pra Sekolah.  Tahniah kepada cikgu Farahnika dan Puan Vida yang berjaya menawan hati anak-anak ini untuk ke sekolah.




Monday, 12 January 2015

Program Transisi Tahun 1 (2015)

Selamat datang ke Sekolah Kebangsaan Masalog diucapkan kepada adik-adik pelajar Tahun satu. Sepanjang minggu ini adik-adik di tahun satu akan mengikuti program transisi.  Ini termasuklah mengenal persekitaran dan bangunan yang terdapat di sekolah.


Melawat kawasan sekolah





Ini kantin dan bangunan RAMT...

Encik Bainsol Pegawai dari PPDKM melihat adik-adik tahun 1 
mengikuti program transisi

Ini tandas pelajar....

my name is ........





Wednesday, 3 April 2013

KELAS PEMULIHAN BERSAMA CIKGU WINSTON

03.04.2013 Sesekali belajar di tepi kolam ada juga baiknya, sambil belajar dapat juga menghirup udara kampung yang segar.





Monday, 11 March 2013

ACTION SONGS, SPELLING BEE & STORY TELLING TRAINING TIME !

2013 Sama seperti tahun sebelumnya, SK. Masalog tidak pernah melepaskan peluang dalam menyertai berbagai pertandingan dalam Bahasa Inggeris.  Tahun ini untuk memantapkan pasukan sekolah, latihan sudah mula diadakan di Makmal Komputer sekolah.

 Cikgu Syntiana dan cikgu Zizi sedang berbincang mengenai "action" yang sesuai dengan lagu

 mendengar alunan suara murid-murid  :-)

sedang berbincang apa yang sesuai dan kurang sesuai untuk persembahan ini  :-)



Peserta bercerita dan spelling bee sedang menghafal teks masing-masing  ;)

Cikgu Robiyana sedang membimbing peserta bercerita dalam Bahasa Inggeris :-)

Tuesday, 16 October 2012

Sekolah Rakan Alam Sekitar SERASI 2012

Pada 13hb Oktober 2012 yang lepas Sk. Masalog sekali lagi melayakkan diri untuk menerima anugerah SERASI.
Acara ini telah diadakan di Auditorium Tun Ahmad Raffae, Menara Tun Mustapha, Kota Kinabalu.  Sk. Masalog merupakan satu-satunya sekolah yang terdapat dalam daerah Kota Marudu yang mendapat anugerah ini bagi kategori "Wira Harapan".

Program SERASI ini merupakan anjuran bersama Jabatan Perlindungan Alam Sekitar, Jabatan Alam Sekitar Persekutuan, Jabatan PPelajaran Negeri Sabah, Jabatan Perhutanan Sabah, Pusat Tindakan Alam Sekitar (EAC), Sabah Wetlands Conservation Society dan SHELL Malaysia.
SERASI adalah berkonsepkan amalan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di sekolah pada sepanjang masa.

Objektif utama program SERASI ini diadakan ialah :-
* Untuk meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar di sekolah.
* Untuk memupuk sikap positif dan cintakan alam sekitar di kalangan warga sekolah khasnya dan masyarakat setempat amnya.
* Untuk menggalakkan inovasi ke arah membentuk persekitaran sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
* Untuk mengiktiraf usaha berterusan sekolah dalam program Pendidikan Alam Sekitar.






Tahniah...moga kejayaan ini berterusan :)

Saturday, 15 September 2012

LAMBAIAN MERDEKA 2012

Tugas guru bukan hanya mengajar tetapi juga menyemaikan semangat cintakan negara kepada para pelajar...sehubungan dengan itu sekolah telah mengadakan aktiviti lambaian merdeka pada 14hb september 2012 yang lalu. Aktiviti ini telah diadakan di padang sekolah. Berbagai aktiviti telah diadakan antaranya ialah senamrobik, perarakan bendera, pertandingan tarik tali dan melukis jalur gemilang.

senamrobik staf dan pelajar :) gaman2 stail :)
lambaian merdeka :)
tarik tali pelajar perempuan :)
tarik tali terbuka :)
penyampaian hadiah :)
para hakim sedang mencuba makanan sempena pertandingan masakan yang turut diadakan :)
suasana raya masih hangat terasa...merdeka raya :)