05.04.2013 Seramai 5 orang pelajar harapan sekolah ini telah dipilih untuk mengikuti Pakej Pembelajaran Online tajaan Bank Rakyat.
Pelajar yang terlibat ialah adik Florentina, adik Johsua, adik Mohd. Irfan Kee, adik Mohd. Zulhelmi dan adik Nur Atiqah Izabell. Semoga pelajar yang terpilih ini akan mencapai kejayaan dalam UPSR nanti.
Thursday, 4 April 2013
TAKLIMAT PELAKSANAAN PROGRAM KECEMERLANGAN PELAJAR TAHUN 6 BERSAMA IBUBAPA.
04.04.2013 seramai 48 orang ibubapa telah dijemput ke sekolah bagi mengikuti taklimat ini. Taklimat ini bertujuan untuk mendedahkan para ibubapa dengan program sekolah disamping memohon kerjasama mereka untuk menjayakan semua program yang telah dirancang.
Taklimat ini telah diadakan di makmal komputer sekolah dan telah dikendalikan oleh guru besar En. Maidin Awang dan En. Philip Sebin.
Antara program yang telah dirancang pada tahun ini ialah:-
1. Program mentor mentee
2. Kelas Tambahan
3. Motivasi kecemerlangan Fasa 1 (semester 1)
4. Motivasi kecemerlangan Fasa 2 (semester II)
Adalah diharapkan agar semua program yang dirancang akan dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan UPSR kelak.
Taklimat ini telah diadakan di makmal komputer sekolah dan telah dikendalikan oleh guru besar En. Maidin Awang dan En. Philip Sebin.
Antara program yang telah dirancang pada tahun ini ialah:-
1. Program mentor mentee
2. Kelas Tambahan
3. Motivasi kecemerlangan Fasa 1 (semester 1)
4. Motivasi kecemerlangan Fasa 2 (semester II)
Adalah diharapkan agar semua program yang dirancang akan dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan UPSR kelak.
Wednesday, 3 April 2013
KELAS PEMULIHAN BERSAMA CIKGU WINSTON
03.04.2013 Sesekali belajar di tepi kolam ada juga baiknya, sambil belajar dapat juga menghirup udara kampung yang segar.
Tuesday, 2 April 2013
TAKLIMAT HEADCOUNT BERSAMA CIKGU PHILIP SEBIN
02.04.2013 Hari ini satu Taklimat Headcount diadakan oleh cikgu Philip Sebin. Taklimat ini telah dihadiri oleh guru-guru dan diadakan di Makmal Komputer sekolah.
Taklimat ini penting kepada guru-guru agar lebih memahami maksud sebenar Headcount dan bagaimana ianya digunakan.
Taklimat ini penting kepada guru-guru agar lebih memahami maksud sebenar Headcount dan bagaimana ianya digunakan.
Monday, 11 March 2013
ACTION SONGS, SPELLING BEE & STORY TELLING TRAINING TIME !
2013 Sama seperti tahun sebelumnya, SK. Masalog tidak pernah melepaskan peluang dalam menyertai berbagai pertandingan dalam Bahasa Inggeris. Tahun ini untuk memantapkan pasukan sekolah, latihan sudah mula diadakan di Makmal Komputer sekolah.
Cikgu Syntiana dan cikgu Zizi sedang berbincang mengenai "action" yang sesuai dengan lagu
mendengar alunan suara murid-murid :-)
sedang berbincang apa yang sesuai dan kurang sesuai untuk persembahan ini :-)
Peserta bercerita dan spelling bee sedang menghafal teks masing-masing ;)
Cikgu Robiyana sedang membimbing peserta bercerita dalam Bahasa Inggeris :-)
Monday, 4 March 2013
Mesyuarat Persiapan sambutan Tilawah Peringkat Zon 4 2013
Pada tahun 2013 ini SK. Masalog merupakan tuan rumah bagi acara Tilawah Peringkat Zon 4. Bagi memastikan acara ini berjalan lancar, mesyuarat persiapan akhir telah diadakan di Makmal Komputer sekolah. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh guru besar En. Maidin Awang.
Kelihatan guru besar En. Maidin Awang (bersongkok) dan ustaz Jasni Salleh sedang mengendalikan mesyuarat.
Ustazah Siti dan Ustazah Dayang - orang kuat bagi sambutan Tilawah ini :-)
Guru-guru yang turut hadir dalam mesyuarat ini
Subscribe to:
Posts (Atom)